Tuesday, December 9, 2014

Berbuat baiklah pada ibu bapa

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini berpeluang menjaga ayahanda yang sudah uzur selama seminggu...alhamdulillah...walaupun tidaklah lama tapi cuba buat yang terbaik untuk mengembirakan hatinya yang sunyi dek keseorangan setelah bonda diseru untuk menyahut panggilan Ilahi pada tanggal Disember 2010...pejam celik...sudah 4 tahun masa berlalu...selama seminggu aku banyak bertanyakan khabar, mendengar setiap luahan hatinya yang dirasakan kosong, memberi kata-kata semangat yang semakin pudar...memberikan kata-kata positif yang boleh membuang jauh-jauh bisikan negatif yang boleh membuatkan hidupnya suram...melayan keperluan makan minum yang diingininya...aku merasakan tidak cukup masaku untuk menabur jasa padanya....


PERHATIAN...bukan apa yang diingini orang tua kita hanyalah perhatian dari anak-anak yang dibesarkan  dengan tulang 4 keratnya tanpa meminta balasan...hargailah orang tua kita selagi masih ada...berkat hidup berbakti dengan orang tua...murah rezeki kita...In Syaa Allah.

Ayah...seperti biasa tidak mahu menyusahkan anak selagi terdaya...aku sayang pada ayahku...kutitipkan semangat padanya...dilanjut usia ini...banyakkan membaca Quran agar hati lebih tenang menghadapi hari-hari esok agar lebih terisi..nampaknya dia lebih tenang....

sumber:google


kelihatan perubahan-perubahan dalam dirinya bila aku memberi peluang padanya meluahkan setiap apa yang dirasa..bukan senang hidup tanpa isteri yang sentiasa menjaga keperluan hidupnya..makan minum pakai semua dijaga dan sebahagian hidupnya dikongsi bersama...kemudian Allah SWT menguji dengan mengambil isteri kesayangan terlebih dahulu meninggalkannya....



 #cubabuatyangterbaik..:-)


Thursday, November 27, 2014

ZIKIR HARIAN
 JUMAAT : يَا الله – 1,000 kali,
Allah hampir kepada kita,

Allah beri kita solat, islam, rajin, suka, lazat, beramal ibadah, tidak malu tutup aurat bagi perempuan.


SABTU : لَا إِلٰهَ إِلَّا الله – 1,000 kali,
senang hati, aman dan tenteram.


AHAD : يَا حَيُّ يَا قَيُّوم – 1,000 kali,
Allah hidupkan
kita dan beri peliharaannya.


ISNIN : لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظْيم – 1,000 kali,
satu kalimat umpama satu bukit uhud.
Banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya.


SELASA : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد  – 1,000 kali,
Allah ampunkan dosanya satu tahun


RABU :اللهَ الْعَظِيمِ  أَسْتَغْفِرُ – 1,000 kali,
satu kali sebut hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam adalah dari satu dosa,
jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut
berada dalam hati kita.


KHAMIS : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيم – 1,000 kali,
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan satu kali sebut tumbuh
satu pohon syurga untuk kita di taman syurga.


#JagahakAllah,Allahjagahakkita.
SelamatberamalkeranaAllah~~


Wednesday, November 26, 2014

Mahu Berjaya?

Assalamualaikum....

Apa yang ingin saya ingin kongsikan pada hari ini adalah apa yang saya perolehi dari pembacaan saya melalui buku KUNCI KEJAYAAN MINDA Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni yang diterjemahkan oleh Abdul Arham Mat. Apa yang menarik hati saya untuk lebih merasa bermotivasi adalah seperti yang semua sudah maklum cuma bila terbaca balik satu-satu ayat yang baik ia merupakan satu cas positif yang boleh memberi semangat untuk  mengingatkan  kembali tentang tujuan kita melakukan sesuatu perkara.Antaranya:-

 Pertama : NIAT

kita hendaklah memulakan sesuatu dengan niat.
Setiap perbuatan bergantung kepada niat kita.
Dengan sebab itu niatkanlah dengan baik supaya apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT.
Berikanlah kebaikan kepada orang lain dan hindari dari melakukan keburukan kerana ia adalah sifat yang tercela disisi-Nya.

Kedua:USAHA

berusaha dengan bersungguh untuk mencapai apa yg di cita-citakan.

Ketiga: FOKUS
tumpukan perhatian kepada satu-satu pekerjaan.
cuba mendalami 
cuba tekuni
cuba minati sehingga muncul daya kreativiti hasil daripa apa yang kita buat 

keempat: UTAMAKAN YG PENTING

Selesaikan yg mana lebih penting berbanding yg kurang penting.

Kelima:SISTEMATIK
Buat kerja dengan tersusun untuk menuju kejayaan
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
elakkan daripada melakukan kerja dengan kelam kabut yg boleh menyebabkan kita tidak berpuas hati dengan hasil yg diperolehi.

Keenam:SABAR

Hadapi setiap masalah yg kita ada dengan tenang dan cuba cari penyelesaian terbaik dengan ujian dalam menuju kepada matlamat yg ingin kita capai agar kita tidak akan tersasar. Pendirian mestilah tetap cuba elakkan dari berasa jemu dan bosan.





Monday, November 24, 2014

Posting...posting..posting~~

Masih lagi menunggu berita di mana akan dipostingkan bila mula mengajar nanti... 
harap2 awal thn 2015 ada BERITA BAIK yg bakal menyusul...IN SHAA ALLAH... jenuh dah menunggu rasa dah berbulan menjadi suri rumah sepenuh masa... tapi ALHAMDULILLAH dpt BERI PERHATIAN LEBIH pada anak2. 
hampir 5bulan dah habis belajar... 
seronok sbnrnya tak kerja jaga anak2 sendiri tapi dah biasa kerja ...
 rasanya janggal duduk je kat rumah tanpa mengajar di sekolah..

 رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير

Monday, October 6, 2014

#Doa senjata Mukmin#




DOA TETAPKAN IMAN





DOA SUPAYA DIRI DAN ANAK CUCU RAJIN SOLAT

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ {4٠}

“Wahai Tuhanku ! Jadikanlalah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
{surah Ibrahim 14:40}

Tuesday, December 17, 2013

~~Jadilah seperti mentari yang setia menyinari alam ini~~



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." -Tafsir pimpinan Ar-Rahman


"Sebagai seorang guru janganlah terlalu kasar dan janganlah terlalu lembut dalam menyampaikan"... kata 'Muallim' sewaktu ku di Ipg baru-baru ini..fresh lagi..

MAdah buat seorang Guru...


  • GURU.....!
  • Dalam AJARnya ada HARAPAN,
  • Dalam TEGURnya ada DOA,
  • Dalam MARAHnya ada SAYANG,
  • Dalam TAWAnya ada MESRA,
  • Dalam DIAMnya ada BIJAKSANA,
  • Dalam TANGANnya kita TERBINA, 
  • .................berBAHAGIAlah menjadi GURU.

 Pendidik dari kacamata Islam berdasarkan konsep 6M:-

JENIS-JENIS GURU (6M )

MUBALLIGH -menyampaikan
MUALLIM- pengajar ilmu
MURSYID-pemberi petunjuk
MURABBI-pemelihara
MUADDIB- pengajar adab
MUDARRIS - pemberi pengajaran
                    

                                           ~~~~~~~~kholashazalyoum~~~~~~~