Wednesday, April 28, 2010

~Doa untuk anak soleh~





SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Monday, April 26, 2010

Srikandi wanita Islam

Siti Khadijah
Album :
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com


Engkaulah serikandi yang sangat setia
Membantu Rasulullah dalam suka dan duka
Isteri solehah yang penyayang dan penuh kesabaran
Wahai Siti Khadijah sungguh besar jasamu
Berkorban apa saja kerana Tuhanmu
Memperjuangkan islam walau penuh dugaan

Engkaulah wanita pertama beriman
Pendorong pejuangan Rasulullah
Dari mula lahir zuriat nabi
Penerus perjuangan hinggalah kini
Digelar Ummul Mukminin
Ibu orang beriman
Penyumbang harta fikiran
Untuk perjuangan Rasulullah

Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman
Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan

Wahai Siti Khadijah kaulah teladan
Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan

Engkaulah wanita pertama beriman
Pendorong pejuangan Rasulullah
Dari mula lahir zuriat nabi
Penerus perjuangan hinggalah kini
Digelar Ummul Mukminin
Ibu orang beriman
Penyumbang harta fikiran
Untuk perjuangan Rasulullah

Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman
Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan

Wahai Siti Khadijah kaulah teladan
Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan

Asy-syifa' binti 'Abdullah

Siapakah Asy-syifa' binti 'Abdullah? Dia adlah seorang guru pertama zaman Rasulullah S.A.W .Nama sebenarnya ialah Asy-syifa'binti 'Abdullah bin 'Abdu Syams bin Khalaf bin Saddad bin 'Abdullah bin Qarth bin Razzah bin'Adi bin Ka'ab dari suku Quraisy Al-Adawiyah.Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia,bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun dan mereka tidak akan mencuri dan mereka tidak akan berzina dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya dan mereka tidak akan melakukan perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al-Mumtahanah:12)
~Asy-Syifa' wanita cerdas, memiliki banyak kelebihan,merupakan salah satu tokoh Islam yang menonjol dan didalam dirinya terkumpul pengetahuan dan keimanan.
~Suaminya bernama Abu Hatsmah bin Hudzaifah bin 'Adi dan dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hatsmah.
`Dengan pengetahuan yang ada ,dia berdakwahan memberi nasihat kepada masyarakat, tidak pernah merasa letih dan jemu dalam memperbaiki bergai kesalahan sehingga anaknya, Sulaiman, cucu-cucunya; bekas hambanya,Abu Ishaq; Ummul Mukminin,Hafshah dan lainya yang banyak meriwayatkan hadith dari Asy-Syifa'.
Selepas Rasulullah SAW wafat,Asy-Syifa' terus memperhatikan keadaan orang muslim
~Merupakan salah seorang daripada wanita mekah yang pandai menulis dan membaca pada zaman awal Islam.
~Setelah memeluk Islam,Asy-Syifa' mengajar para wanita Muslimah dengan tujuan agar mendapat balasan pahala dari Allah SWT. Sejak itulah dia dikenali Sebagai guru yang pertama dalam Islam.
~Antara murid beliau ialah hafshah binti Umar bin Khattab, isteri Rasulullah SAW.

Monday, April 19, 2010

masih relevenkah masjid sebagai institusi ilmu?/




MASJID merupakan rumah Allah yang diamanahkan kepada khalifah-Nya di mukabumi bagi dimakmurkan selaras dengan ajaran yang di bawa oleh Nabi SAW iaitu ajaran Islam berpandukan Al-Qur'an dan As-sunnah.Masjid merupakan tempat ibadat yang bukan saja fungsinya untuk solat berjemaah malahan termasuklah tempat mencurah dan menambah ilmu pengetahuan seperti tazkirah, ceramah, kelas-kelas agama termasuklah juga pusat penyebaran dakwah Islamiah, disamping menjadi pusat kebajikan dan umat setempat.


Allah S.W.T berfirman dalam surah at-Taubah ayat yang ke-18 yg bermaksud "sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid-masjid ALLAH itu adalah terdiri daripada orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada ALLAH.(dgn ada nya sifat tersebut), maka diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk".


Pihak kerajaan telah berusaha sedaya upaya memberi peruntukan yang besar bagi memakmur dan mengimarahkan institusi masjid di malaysia.Terbinanya masjid negara pada 27 Ogos,1965 merupakan langkah pertama kerajaan membangunkan institusi masjid dengan menjadikannya sebagai contoh bagi pengurusan pentadbiran, pengurusan dan pengimarahan masjid seluruh malaysia. menerusi program Takmir Masjid, kerajaan membelanja lebih RM5 juta setiap tahun bagi membantu kerajaan negeri mengadakan kelas-kelas agama dan kuliah-kuliah pengajian bagi menyediakan peluang kepada umat islam mendalami ilmu dan menghayati ajaran islam.




Ini adalah ekoran daripada kejayaan Rancangan Takmir Masjid dan Surau yang mula diadakan pada tahun 1986. ditambah dengan peruntukan dan aktiviti anjuran jabatan /Majlis Agama Islam negeri-negeri maka umat islam di negara ini di segenap peringkat tidak ada alasan untuk tidak berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu agama.


Usaha yang berterusan tanpa jemu dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan masjid dijayakan lagi dengan adanya Pertandingan Masjid, contohnya, Masjid terbaik, Landskap Masjid Terbaek dan sebagainya. peruntukan dan bantuan kerajaan sentiasa disediakan pada seyiap tahun bagi membina masjid, surau dan ruang solat. sehingga kini hampir di semua premis kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah, perhentian bas, rumah rehat, hotel lebuhraya, lapangan terbang dan tempat-tempat awam telah disediakan kemudahan menunaikan solat. disamping itu juga, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan taraf dan kedudukan para imam dan kakitanagn masjid.


Sememangnya usaha pihak kerajaan dalam membangunkan institusi masjid bahkan surau perlu disokong demi mengimarah dan memakmurkan "rumah ALLAH" tempat menunaikan solat yang merupakan tiang agama islam.

"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga kembali". (Riwayat At-Tarmidzi)