Monday, April 19, 2010

masih relevenkah masjid sebagai institusi ilmu?/




MASJID merupakan rumah Allah yang diamanahkan kepada khalifah-Nya di mukabumi bagi dimakmurkan selaras dengan ajaran yang di bawa oleh Nabi SAW iaitu ajaran Islam berpandukan Al-Qur'an dan As-sunnah.Masjid merupakan tempat ibadat yang bukan saja fungsinya untuk solat berjemaah malahan termasuklah tempat mencurah dan menambah ilmu pengetahuan seperti tazkirah, ceramah, kelas-kelas agama termasuklah juga pusat penyebaran dakwah Islamiah, disamping menjadi pusat kebajikan dan umat setempat.


Allah S.W.T berfirman dalam surah at-Taubah ayat yang ke-18 yg bermaksud "sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid-masjid ALLAH itu adalah terdiri daripada orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada ALLAH.(dgn ada nya sifat tersebut), maka diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk".


Pihak kerajaan telah berusaha sedaya upaya memberi peruntukan yang besar bagi memakmur dan mengimarahkan institusi masjid di malaysia.Terbinanya masjid negara pada 27 Ogos,1965 merupakan langkah pertama kerajaan membangunkan institusi masjid dengan menjadikannya sebagai contoh bagi pengurusan pentadbiran, pengurusan dan pengimarahan masjid seluruh malaysia. menerusi program Takmir Masjid, kerajaan membelanja lebih RM5 juta setiap tahun bagi membantu kerajaan negeri mengadakan kelas-kelas agama dan kuliah-kuliah pengajian bagi menyediakan peluang kepada umat islam mendalami ilmu dan menghayati ajaran islam.




Ini adalah ekoran daripada kejayaan Rancangan Takmir Masjid dan Surau yang mula diadakan pada tahun 1986. ditambah dengan peruntukan dan aktiviti anjuran jabatan /Majlis Agama Islam negeri-negeri maka umat islam di negara ini di segenap peringkat tidak ada alasan untuk tidak berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu agama.


Usaha yang berterusan tanpa jemu dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan masjid dijayakan lagi dengan adanya Pertandingan Masjid, contohnya, Masjid terbaik, Landskap Masjid Terbaek dan sebagainya. peruntukan dan bantuan kerajaan sentiasa disediakan pada seyiap tahun bagi membina masjid, surau dan ruang solat. sehingga kini hampir di semua premis kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah, perhentian bas, rumah rehat, hotel lebuhraya, lapangan terbang dan tempat-tempat awam telah disediakan kemudahan menunaikan solat. disamping itu juga, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan taraf dan kedudukan para imam dan kakitanagn masjid.


Sememangnya usaha pihak kerajaan dalam membangunkan institusi masjid bahkan surau perlu disokong demi mengimarah dan memakmurkan "rumah ALLAH" tempat menunaikan solat yang merupakan tiang agama islam.

No comments:

Post a Comment