Thursday, May 6, 2010

'''''''Demi Masa....'''''

hari berganti hari...masa terus berlalu tanpa menghiraukan sama ada kita sedar atau tidak. Impian terus dalam khayalan sekiranya tiada tindakan susulan akan terus berkubur bersama angan-angan kosong tanpa ikhtiar untuk mengubahnya...

Betapa ruginya masa sgaimana firman Allah dalam Surah al-Asr:ayat 1-3 yg bermaksud ~"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."

Ku rindukan jiwa yang tenang yang sentiasa dalam bi'ah hasanah..bergelumang dengan buku2 yang boleh membangkitkan semangat dijiwa..menginsafkan diri...TAHAJJUD!!! Solat Dhuha..tadarus al-Qur'an...Aahhh...teringat zaman itu..bersama kawan2 yg berborak isu2 berkait agama ...insafi diri..selalu solat jemaah bersama-sama, makan sama2 dalam satu dulang hingga 13 belas orang dalam satu dulang...bayangkan betapa berhimpitnya duduk..tapi kami puas dapat berkongsi hidangan rezki yang Allah bagi sama2...kesannya kenangan kami teringat bila berjauhan...hati terikat bagia saudara..walaupun tiada kaitan,,,cuma hanyalah atas nama saudara seIslam.

Ku masih ingat lagi masa mula-mula melangkah kaki ke Bandar yang penuh kesibukan ini tiada siapa yg ku boleh harapkan...ketakukan dalam diri sekiranya tersalah lorong..namun Allah masih lagi sayang Dia terus membawa kaki ini menemui sahabat-sahabat yg sealiran yang inginkan ketenangan jiwa di bawah lindungan payung rahmat Ilahi....Syukurlah...

Bangkitlah wahai diri...sedarlah wahai hati dari terus lena diulit mimpi... kebahgian yg Allah bagi hanya sedikit itu sudah banyak melalaikan...
ya Allah, peganglah hati ini supaya terus mencari redha-Mu...luruskanlah hatiku..ke jalan siraatal Mustaqiim...ameen.

No comments:

Post a Comment