Wednesday, June 2, 2010

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4pelajarlahiranakluarnikah/Article





4 pelajar lahir anak luar nikah


2010/06/03

KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.....
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4pelajarlahiranakluarnikah/Article
Bismillah...Assalamualaikum w.r.t.

Suasana yang hening dan indah pagi ini diriku terpanggil untuk 'mengeksplore' isu2 yang berlaku disekitar kehidupan seharian makhluk Allah di muka bumi....lalu hatiku tercuit dengan satu isu berkaitan anak remaja kita yang banyak sekali terdedah dengan gejala sosial yang tidak pernah jemu dan padam hinggalah ke hujung hayat kita di dunia fana ini...

Subhanallah...semua ini bergantung kepada kesedaran diri masing-masing untuk mengendalikan diri untuk menghadapi ujian yang melanda...jiwa antara nafsu,emosi yang tak terbendung...aaaaaaaaaapa yang dikejar???!apa yang dicari....kenikmatan yang sementara??untuk apa..fikirrlah...

renunglah dalam diri...untuk kebaikan diri...walaupun bukan untuk orang lain....nak ke kita musnahkan diri untuk keseronokan yang sementara....insaflah wahai saudara seislam ku...aku menulis bukan untuk mencela ...tapi untuk berkongsi rasa...rasa cinta pada-Nya,cinta pada yang Haqiqi...itu yang lebih utama...

Walaupun tidak nampak nikmatnya dimata...tapi dihati...MaasyaAllah...nikmatnya..Allah Sahaja yang tahu...sebab DIA yang menciptakan....Renunglah kembali kejadian kita yang dijadikan dari saripati tanah yang akan kembali padanya juga akhirnya..itu janji Allah...yang pasti... terjadi

oleh itu, kita seharusnya sedar tanpa rasa ragu-ragu atau was-was terhadap janji ALLAH....namun andai kita masih alpa. kita akan hilang untuk mendapat nikmat yang telah dijanjikan oleh ALLAH...pelbagai implikasi yang akan berlaku dalam kehidupan kita seharian seandainya kita alpa dengan duniawi yang memberikan nikmat sementara. Oleh disebabkan itu juga kita seharusnya mengenalpasti punca-punca berlakunya gejala social dalam kalangan masyarakat.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

1) PENGARUH RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

2) SIKAP IBU BAPA DAN KELUARGA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka juga adalah menjadi satu sebab kenapa remaja dan belia sekarang terlibat dalam gejala sosial. Terdapat ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka. Ada sesetengah ibubapa juga tidak menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik.

3) HAK ANAK- ANAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PILIHAN MENGIKUT MINAT MASING-MASING.

Selain itu hak anak-anak dalam menentukan pilihan mereka sendiri juga tidak kurang penting untuk di ambil kira sama ada dalam hal yang berkaitan dengan masa depan mahupun tentang pembelajaran mereka. Ibubapa seharusnya bersifat terbuka mengenai perkara seperti ini kerana anak-anak mereka juga perlu membuat pilihan sendiri bagi menentukan nasib mereka untuk masa depan. Ibu bapa tidak seharusnya sesuka hati membantah kemahuan anak dalam hal yang berkaitan dengan hak mereka. Ini adalah kerana proses para remaja untuk meningkat ke alam dewasa memerlukan ketenangan fikiran. Jika kemahuan mereka tidak dihiraukan ataupun dibantah oleh ibubapa dengan keras berkemungkinan besar akan berlaku pemberontakan di dalam jiwa anak-anak atau remaja tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan mereka merasa bosan dengan hidup sedemikian.

4) PENGARUH MEDIA MASSA

Pengaruh media massa juga menjadi sebab-sebabnya. Dalam alam yang pesat dengan kemajuan teknologi ini remaja sekarang dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembirann. Namun yang membimbangkan adalah kesan negatif dari kemajuan teknologi itu sendiri. Sebagai misalan, hampir semua remaja pada sekarang terdapat alat permaian “video game” yang sesetengah permainan melibatkan remaja atau seseorang itu untuk memainkan watak-watak sebagai pembunuh dan pengganas. Ini adalah bahaya kerana remaja boleh saja melakukan perkara tersebut dalam dunia nyata dan berani mencederakan orang di suatu hari nanti. Justeru itu di sebalik keseronokan yang terdapat pada teknologi yang ada sekarang terdapat juga kesan-kesan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terlibat dalam gejala sosial.


No comments:

Post a Comment