Tuesday, June 28, 2011

buatmu sahabat

sahabat,
dulu kau setia di sisi,
menemani diri mencari erti,
kini aku ditinggalkan sendiri,
kerna dirimu mencari duniawi,

sahabat,
mengapa dicari harta duniawi,
bukankah ia tidak hakiki,
ku ingin dikau sentiasa disisi,
untuk mencari syurga dinanti,

sahabat,
doa ku panjat pada ILLAHI,
supaya iman perisai diri,
jgn dikau tinggalkan ukhrawi,
kerna kita kan menghadap illahi,

sahabat,
sayang nya aku pada dirimu,
namun sayangku di salah erti,
mengapa dirimu bertindak melulu,
bila salahmu aku tunjuki,

sahabat,
bukan ku mahu merendahkanmu,
kerna ku tau hebatnya dirimu,
namun manusia tdk selalu mampu,
menahan syaitan godaan nafsu,

sahabat,
disitu perlu hadirnya diriku,
juga diriku memerlukan kamu,
untuk bersama mencari ilmu,
buat bekalan menuju yg satu.

Tuesday, May 10, 2011

"Hayya 'alas Solah" katalah pada Anak




     Marilah sembahyang..mungkin sesuatu yang remeh untuk diucapkan pada kata-kata, namun amat besar nilai sekiranya diucapkan pada anak-anak, gunalah cara psikologi untuk mendidik anak mengerjakan tuntutan agama yang satu ini...


Bercakap tentang solat...saya teringat dua tiga minggu sudah...tiba-tiba teringat ketika mengajar murid tahun 5 iaitu murid yang sudah berumur 11 tahun...Saya bertanya "sape yang solat zuhur tadi?(dalam kepala mesti ramai yang angkat tangan sebab dari kelas murid pandai) tapi apa yang berlaku sebaliknya...hanya 2 orang yang angkat tangan, alangkah sedihnya jiwa saya melihat muka masing-masing...


Itulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa bahawa suruhan solat itu penting bermula dari rumah...terutama kita sebagai ibubapa (saya juga ibu) sentiasa mencuba untuk mengingatkan anak-anak untuk bersolat..berbalik semula pada keadaan tadi..saya tanya balik "Kenapa tak solat?" mereka menjawab: "tak sempat Ustazah...balik sekolah Kebangsaan dah lambat tadi..."alasan mereka...

saya berfikir sejenak macammana nak selesaikan masalah ini...ini kerana matapelajaran yang saya akan ajar pada masa pertama adalah mata pelajaran Al-Quran...sekiranya murid tak solat kalau ajar mengaji pun tak guna juga...sembahyangnya tidak,fikir saya dalam hati...lalu terdetik dalam hati untuk mengatakan ini pada murid-murid.."esok kalau sape yang tak sembahyang saya tak nak ajar mengaji lah , sebab solat tu tiang agama...kalau tak solat macammana pahala solat nak bergantung, sebab "solat tiang agama" .(dalam masa yang sama saya melukis gambar rumah tapi tak ada tiang) ..saya bertanya kepada murid...seolah-olah solat itu tiang, al-Quran tu bumbung. bagaimana bumbung nak dipasang sekiranya tak ada tiang...budak-budak kelihatan berfikir....

Saya mengatakan kepada murid saya..kalu tak sempat sembahyang kat rumah, "sembahyanglah kat Surau..sekolah kita dekat dengan surau" tak ada alasan tak nak sembahyang...
(habis disitu saya meneruskan pelajaran)...

Keesokkan harinya, 3 orang murid datang berjumpa dengan saya mengatakan surau tidak dibuka...(dah lepas waktu solat jemaah)...dalam kepala saya, ini kejayaan pertama untuk latih murid memberati soal sembahyang....mereka mengambil berat apa yang saya sampaikan sewaktu hendak memulakan kelas al-Qur'an semalam...
Hasilnya,,,daripada pemerhatian saya ,melalui soaljawab dengan murid...saya dapat tahu mereka mula solat sebelum memulakan pelajaran....saya rasa berpuas hati tak dapat digambarkan dengan kata-kata, saya bersyukur pada Allah...yang baik datang dartipadanya, yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri (muhasabah diri).Alhamdulillah...

Friday, April 8, 2011

DOA: cahaya Kehidupan

Doa merupakan kekuatan bagi setiap Muslim, akan tetapi sekiranya ia tidak digunakan dengan cara yang betul, sudah tentu ia akan hilang dengan sendirinya. Sebagai hamba Allah yang sangat lemah, sudah lumrah kita sentiasa memerlukan pertolongan-Nya. Sebagai orang yang beriman kita hendaklah percaya bahawa tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan daripada Allah SWT. Doa adalah pengakuan terhadap kelemahan dan kekurangan diri sebagi makhluk Allah. Ia juga sebagi perisai ataupun senjata yang boleh menghindar dari musibah atau bala. Jangan jemu untuk terus berdoa kepada-Nya, sesungguhnya Allah merahmati orang yang sabar.(www.sinarharian.com.my/rencana)


 Bagaimana sepatutnya kita berdoa??

Kita sudah tahu bahawa Islam menyuruh umatnya berdoa dan Allah SWT berjanji akan memperkenankan doa yang kita panjatkan pada-Nya.Allah SWT berfirman bermaksud:

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku akan memperkenankan (doa) kamu "
Menerusi ayat diatas Allah SWT berjanji akan memperkenankan doa orang yang memnjatkan doa kepada-Nya. Janji Allah tidak pernah mungkiri kerana Allah Maha menepati janji.

Walaubagaimanapun, janji tersebut bukan bermakna doa yang tidak dilakukan dengan beradab akan dimakbulkan(sesuai dengan kebesaran-Nya). Dengan kata lain, kita mesti lebih dahulu mengetahui syarat-syarat berdoa. Ada 5 syarat yang mesti dipenuhi sebelum berdoa,iaitu:

  1. Beriman kepada Allah SWT
  2. Berserah diri sepenuhnya kepada-Nya
  3. Menunaikan SETIAP KEWAJIPAN- Kepada ALLAH dan makhluk
  4. Menjauhi segala larangan atau dosa
  5. Bertaubat dari segala dosa dan kesalahan.

Thursday, April 7, 2011

Kisah seorang Soleh tidak mahu Berkahwin tiba-tiba minta dikahwinkan


Ada seorang soleh yang kuat beribadah, hingga tidak memikirkan soal kahwin, namun setiap tawaran selalu ditolak. Begitulah seterusnya.

Pada suatu hari ia bangun dari tidur dan berkata:"Kahwinkan aku,kahwinkan aku!". Ia pun dikahwinkan.

Setelah dikahwinkan itu, orang ramai pun bertanya: "Mengapa anda minta dikahwinkan, padahal dulunya anda selalu menolak bila diminta untuk berkahwin?

Dia menjawab: "Semoga saya mendapatkan anak, lalu meninggal dunia semasa kecil, dengan demikian dia akan menjadi pemanduku diakhirat kelak."
sumber:google
Kemudian ia menceritakan mimpinya yang menyeramkan: "Saya telah bermimpi, seolah-olah dunia telah kiamat dan saya telah berdiri bersama-sama orang ramai di padang Mahsyar dengan perasaan yang sangat haus hingga mematahkan batang leherku.

Tiba-tiba saya melihat budak-budak yang membawa gelas perak dan tertutup dengan sapu tangan dari cahaya. Budak-budak itu masuk disela-sela orang ramai untuk memberikan minuman satu persatu,

maka saya pun menghulurkan tangan kepada budak itu dan berkata: "Bagilah aku air juga kerana aku sangat haus". 

Tiba-tiba budak itu melihat kepadaku dan berkata: "Anda tidak mempunyai anak di antara kami, dan kami hanya memberi minuman kepada ibu bapa kami".

Budak-budak itu ditanya: "Siapakah gerangan kamu itu?"

Mereka menjawab: " Kami adalah anak-anak kepada kaum Muslimin yang meninggal semasa kecil".

Demikianlah seorang Soleh menceritakan mimpinya yang berkenaan dengan hari kiamat yang mengerikan itu.

Sumber: Abu Ghaib.1993. Perkahwinan yang Suci: Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur.

Sunday, April 3, 2011

Dakwah dalam Nasyid



Lirik Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi


Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali


Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka


Kesan Nasyid "Doa Taubat" dalam Dakwah

Pendekatan dakwah wujud melalui nasyid ini kerana melalui komen dari peminat menyatakan amat terkesan dengan video yang dipaparkan sehingga menyentuh hati dan perasaan. Antara kesan dan reaksi yang diutarakan oleh peminat antaranya ialah:-

Boleh memberi keinsafan dalam diri Pendengar


Contoh-contoh komen pendengar :
-"sayu jer dengar lagu nih..
kalo ikut nyanyi..terus jer mengalir air mata..
betapa banyak nyer aku berdosa..."
-"Ya allah aku telah banyak membuat dosa kepadamu Ya allah
dulu aku sombong x solat
x membaca al quran
tapi
selepas aku mendengar doa ini ya allah
aku rasa takut ya allah"
-wahai tuhan~
ku x layak ke syurga mu~
namun x pula~
aku sanggup~
keneraka mu~
( knp la diri ku begini ya allah... ya allah.... ya allah allahhuakhbar.... )

-Ya allah... sesungguhnya aku x layak ke syurga mu....
namun x pula sanggup aku keneraka mu...
(air mata ku pasti mengalir bila dgr lagu ini)

-"nasyid yang sungguh syahdu didengar.
ampuni lah dosa2 kami ya Allah"

-nasyid yang menenangkan hati dan sayu.
byk dosa hambaMu ini ya Allah.
ampuni lah dosa kami. amin

-alhamdulillah

-Ya Allah..ku tak layak ke syurgamu..namun tak pula aku sanggup menanggung derita ini ya Allah..

-ya allah...aku tidak layak ke syurga mu....
ya allah...aku tidak sanggup ke neraka mu....
ampunkan la hamba-hamba mu yg lemah,yg kecil ini ya allah....

-Ya Allah
-lagu terbaik sepanjang zaman....!!!
denger lagu ini jadi sayu...duh..dosaku...segunung kali ya...hiks...
-syahdu dgr lagu nie
-Ya Allah.....hinanya hamba mu ini...
-ya Allah ampunkanlah dosaku,kedua ibu bapaku ahli keluargaku dan semua saudara islamku diseluruh dunia semoga dilindungi Allah selalu.aminn....
-ni maksud zikir taubat, dijadikan sebuah lagu yg menyentuh nurani....
-lagu& melodi yang terbaik..sayu hati..ishk ishk
-ya allah..ampunilah sgl dosa2 ku sblum ku kembali kpd Mu ya Allah..berikn ptunjukMU ya Allah..sesungghny Engkau lah Maha Pengampun dosa2 besar..ampunilah juga dosa keluargaku, rakan2ku serta muslimin dan muslimat..

-merinding,,gemetar dan selalu nangis kalau gw denger lagu ini..
ya Rob ampunkan dosa hambamu ini
-AMIEN
-lagu buat ku, semoga bisa jadi manusia yg lebih baik lagi. AMIEN
-Allah
-oh tuhan .......ampunkanlah dosaku......dan dosa kedua ibu bapaku.....amin....
-tenang hati....
-menitis air mata dengar lagu ni..TT~
-assalamualikum..lagu ni best giler..mmg touching gler kot..huhu..
-Assalamu Alaikum from Kansas USA to brothers and sisters in Islam. I am close to reverting to Islam and I would like to say Raihan is truly "Fragrance from Heaven" inspiring me along my way to Islam. May Allah (swt) give you peace and keep you well.
-may Allah lead you to the right path...ask for Allah's guidance then He will guide you....
-Why thank you very much, so nice to have support like that. And may Allah (swt) bless and keep you safe.
-no one can replace raihan!!!! ^_^
-i sooooooooooo agree with u! no one can replace Raihan! for me, Raihan is the best nasyid group in the world!
-since i still little this group taught me about lot things....
-sayu....semoga nasyid kontemporari di Malaysia kembali subur...amin
-sayu jer dengar lagu nih..
-kalo ikut nyanyi..terus jer mengalir air mata..
-betapa banyak nyer aku berdosa...

-alhamdulillah
-rindu dengan suara ahli kump raihan masa tahun 2001 skang ni nak dengar kat radio pun kalau kat radio pun masa lepas pengumuman solat
dunia skrg dah xmcm dlu lg...dlu nasyid sntiasa ada....skrg ni...nk dgr 3kli shri lagu nasyid d'mainkn pn ssh....
mse skola rndah dulu, dlm thn 1998-2004, mmg byk lagu lagu nasyid..
skrg mcm dah terkubur
anugerah nasyid terbaik pon mcm dah takde
skrg lagu2 cintan cintun je sume
lagu nasyid pon jadi lagu cinta
ape nak jadi??
harap sgt kumpulan2 nasyid dulu2,
mcm raihan, rabbani, saujana & laen2 bangkit balik, kan?
~missing those days~ ^^,

-almost cryin'
-sama2 la kite menginsafi dosa2 kite n sedar bwh sesugguhnyer kite ini hnyer insan kerdil atas di muke bumi ini....

Berdasarkan paparan komen-komen di atas menunjukkan bahawa dakwah dengan nasyid memberi kesan yang lebih mendalam ke dalam jiwa mad,u (sasaran dakwah).

Saturday, April 2, 2011

Salam Ukhuwah fillah~~



SAlam ukhuwah.
Muncul kembali setelah lama berdiam diri dari mencatat diruangan ini...
Hamdulillah...syukur pada mu ya Rabb...kerna nafas yang ku sedut dan di hembus masih lagi berterusan tak terhenti di pertengahan...tangan ini berusaha untuk menari-nari diatas papan kekunci yang setia menunggu untuk ditekan bila-bila masa oleh tuannya,namun kekangan masa yang seakan cemburu menghambat diri..

Untuk saat ini dan seterusnya kan kucuba untuk istiqamah dalam menulis catatan atau tulisan yang boleh memberi manfaat bersama..Insya'Allah