Tuesday, May 10, 2011

"Hayya 'alas Solah" katalah pada Anak




     Marilah sembahyang..mungkin sesuatu yang remeh untuk diucapkan pada kata-kata, namun amat besar nilai sekiranya diucapkan pada anak-anak, gunalah cara psikologi untuk mendidik anak mengerjakan tuntutan agama yang satu ini...


Bercakap tentang solat...saya teringat dua tiga minggu sudah...tiba-tiba teringat ketika mengajar murid tahun 5 iaitu murid yang sudah berumur 11 tahun...Saya bertanya "sape yang solat zuhur tadi?(dalam kepala mesti ramai yang angkat tangan sebab dari kelas murid pandai) tapi apa yang berlaku sebaliknya...hanya 2 orang yang angkat tangan, alangkah sedihnya jiwa saya melihat muka masing-masing...


Itulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa bahawa suruhan solat itu penting bermula dari rumah...terutama kita sebagai ibubapa (saya juga ibu) sentiasa mencuba untuk mengingatkan anak-anak untuk bersolat..berbalik semula pada keadaan tadi..saya tanya balik "Kenapa tak solat?" mereka menjawab: "tak sempat Ustazah...balik sekolah Kebangsaan dah lambat tadi..."alasan mereka...

saya berfikir sejenak macammana nak selesaikan masalah ini...ini kerana matapelajaran yang saya akan ajar pada masa pertama adalah mata pelajaran Al-Quran...sekiranya murid tak solat kalau ajar mengaji pun tak guna juga...sembahyangnya tidak,fikir saya dalam hati...lalu terdetik dalam hati untuk mengatakan ini pada murid-murid.."esok kalau sape yang tak sembahyang saya tak nak ajar mengaji lah , sebab solat tu tiang agama...kalau tak solat macammana pahala solat nak bergantung, sebab "solat tiang agama" .(dalam masa yang sama saya melukis gambar rumah tapi tak ada tiang) ..saya bertanya kepada murid...seolah-olah solat itu tiang, al-Quran tu bumbung. bagaimana bumbung nak dipasang sekiranya tak ada tiang...budak-budak kelihatan berfikir....

Saya mengatakan kepada murid saya..kalu tak sempat sembahyang kat rumah, "sembahyanglah kat Surau..sekolah kita dekat dengan surau" tak ada alasan tak nak sembahyang...
(habis disitu saya meneruskan pelajaran)...

Keesokkan harinya, 3 orang murid datang berjumpa dengan saya mengatakan surau tidak dibuka...(dah lepas waktu solat jemaah)...dalam kepala saya, ini kejayaan pertama untuk latih murid memberati soal sembahyang....mereka mengambil berat apa yang saya sampaikan sewaktu hendak memulakan kelas al-Qur'an semalam...
Hasilnya,,,daripada pemerhatian saya ,melalui soaljawab dengan murid...saya dapat tahu mereka mula solat sebelum memulakan pelajaran....saya rasa berpuas hati tak dapat digambarkan dengan kata-kata, saya bersyukur pada Allah...yang baik datang dartipadanya, yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri (muhasabah diri).Alhamdulillah...