Tuesday, June 28, 2011

buatmu sahabat

sahabat,
dulu kau setia di sisi,
menemani diri mencari erti,
kini aku ditinggalkan sendiri,
kerna dirimu mencari duniawi,

sahabat,
mengapa dicari harta duniawi,
bukankah ia tidak hakiki,
ku ingin dikau sentiasa disisi,
untuk mencari syurga dinanti,

sahabat,
doa ku panjat pada ILLAHI,
supaya iman perisai diri,
jgn dikau tinggalkan ukhrawi,
kerna kita kan menghadap illahi,

sahabat,
sayang nya aku pada dirimu,
namun sayangku di salah erti,
mengapa dirimu bertindak melulu,
bila salahmu aku tunjuki,

sahabat,
bukan ku mahu merendahkanmu,
kerna ku tau hebatnya dirimu,
namun manusia tdk selalu mampu,
menahan syaitan godaan nafsu,

sahabat,
disitu perlu hadirnya diriku,
juga diriku memerlukan kamu,
untuk bersama mencari ilmu,
buat bekalan menuju yg satu.