Thursday, November 27, 2014

ZIKIR HARIAN
 JUMAAT : يَا الله – 1,000 kali,
Allah hampir kepada kita,

Allah beri kita solat, islam, rajin, suka, lazat, beramal ibadah, tidak malu tutup aurat bagi perempuan.


SABTU : لَا إِلٰهَ إِلَّا الله – 1,000 kali,
senang hati, aman dan tenteram.


AHAD : يَا حَيُّ يَا قَيُّوم – 1,000 kali,
Allah hidupkan
kita dan beri peliharaannya.


ISNIN : لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظْيم – 1,000 kali,
satu kalimat umpama satu bukit uhud.
Banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, riak, takabbur, sayangkan dunia dan sebagainya.


SELASA : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد  – 1,000 kali,
Allah ampunkan dosanya satu tahun


RABU :اللهَ الْعَظِيمِ  أَسْتَغْفِرُ – 1,000 kali,
satu kali sebut hilang satu titik hitam dalam hati kita. Satu titik hitam adalah dari satu dosa,
jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut
berada dalam hati kita.


KHAMIS : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيم – 1,000 kali,
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan satu kali sebut tumbuh
satu pohon syurga untuk kita di taman syurga.


#JagahakAllah,Allahjagahakkita.
SelamatberamalkeranaAllah~~


Wednesday, November 26, 2014

Mahu Berjaya?

Assalamualaikum....

Apa yang ingin saya ingin kongsikan pada hari ini adalah apa yang saya perolehi dari pembacaan saya melalui buku KUNCI KEJAYAAN MINDA Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni yang diterjemahkan oleh Abdul Arham Mat. Apa yang menarik hati saya untuk lebih merasa bermotivasi adalah seperti yang semua sudah maklum cuma bila terbaca balik satu-satu ayat yang baik ia merupakan satu cas positif yang boleh memberi semangat untuk  mengingatkan  kembali tentang tujuan kita melakukan sesuatu perkara.Antaranya:-

 Pertama : NIAT

kita hendaklah memulakan sesuatu dengan niat.
Setiap perbuatan bergantung kepada niat kita.
Dengan sebab itu niatkanlah dengan baik supaya apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT.
Berikanlah kebaikan kepada orang lain dan hindari dari melakukan keburukan kerana ia adalah sifat yang tercela disisi-Nya.

Kedua:USAHA

berusaha dengan bersungguh untuk mencapai apa yg di cita-citakan.

Ketiga: FOKUS
tumpukan perhatian kepada satu-satu pekerjaan.
cuba mendalami 
cuba tekuni
cuba minati sehingga muncul daya kreativiti hasil daripa apa yang kita buat 

keempat: UTAMAKAN YG PENTING

Selesaikan yg mana lebih penting berbanding yg kurang penting.

Kelima:SISTEMATIK
Buat kerja dengan tersusun untuk menuju kejayaan
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
elakkan daripada melakukan kerja dengan kelam kabut yg boleh menyebabkan kita tidak berpuas hati dengan hasil yg diperolehi.

Keenam:SABAR

Hadapi setiap masalah yg kita ada dengan tenang dan cuba cari penyelesaian terbaik dengan ujian dalam menuju kepada matlamat yg ingin kita capai agar kita tidak akan tersasar. Pendirian mestilah tetap cuba elakkan dari berasa jemu dan bosan.





Monday, November 24, 2014

Posting...posting..posting~~

Masih lagi menunggu berita di mana akan dipostingkan bila mula mengajar nanti... 
harap2 awal thn 2015 ada BERITA BAIK yg bakal menyusul...IN SHAA ALLAH... jenuh dah menunggu rasa dah berbulan menjadi suri rumah sepenuh masa... tapi ALHAMDULILLAH dpt BERI PERHATIAN LEBIH pada anak2. 
hampir 5bulan dah habis belajar... 
seronok sbnrnya tak kerja jaga anak2 sendiri tapi dah biasa kerja ...
 rasanya janggal duduk je kat rumah tanpa mengajar di sekolah..

 رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير