Wednesday, November 26, 2014

Mahu Berjaya?

Assalamualaikum....

Apa yang ingin saya ingin kongsikan pada hari ini adalah apa yang saya perolehi dari pembacaan saya melalui buku KUNCI KEJAYAAN MINDA Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni yang diterjemahkan oleh Abdul Arham Mat. Apa yang menarik hati saya untuk lebih merasa bermotivasi adalah seperti yang semua sudah maklum cuma bila terbaca balik satu-satu ayat yang baik ia merupakan satu cas positif yang boleh memberi semangat untuk  mengingatkan  kembali tentang tujuan kita melakukan sesuatu perkara.Antaranya:-

 Pertama : NIAT

kita hendaklah memulakan sesuatu dengan niat.
Setiap perbuatan bergantung kepada niat kita.
Dengan sebab itu niatkanlah dengan baik supaya apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT.
Berikanlah kebaikan kepada orang lain dan hindari dari melakukan keburukan kerana ia adalah sifat yang tercela disisi-Nya.

Kedua:USAHA

berusaha dengan bersungguh untuk mencapai apa yg di cita-citakan.

Ketiga: FOKUS
tumpukan perhatian kepada satu-satu pekerjaan.
cuba mendalami 
cuba tekuni
cuba minati sehingga muncul daya kreativiti hasil daripa apa yang kita buat 

keempat: UTAMAKAN YG PENTING

Selesaikan yg mana lebih penting berbanding yg kurang penting.

Kelima:SISTEMATIK
Buat kerja dengan tersusun untuk menuju kejayaan
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
elakkan daripada melakukan kerja dengan kelam kabut yg boleh menyebabkan kita tidak berpuas hati dengan hasil yg diperolehi.

Keenam:SABAR

Hadapi setiap masalah yg kita ada dengan tenang dan cuba cari penyelesaian terbaik dengan ujian dalam menuju kepada matlamat yg ingin kita capai agar kita tidak akan tersasar. Pendirian mestilah tetap cuba elakkan dari berasa jemu dan bosan.





No comments:

Post a Comment