Saturday, July 10, 2010

Bulan Sya'ban-Antara amalan yg digalakkan....

Hari pertama bulan Sya’ban pada tahun ini ialah bersamaan 13 Julai 2010. Bulan Sya’ban mempunyai keistimewaan yg tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yg lain yg juga mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan orang menunggu-nunggu akan kehadirannya oleh merek yg suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan menambah keredhaan Allah SWT.

Bulan Sya,ban adalah bulan yg paling disukai oleh Rasulullah. Baginda lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah saw patut dicontohi kerana selain dari memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan latihan rohani kearah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Apakah Perkara-Perkara SUNAT dilakukan pada bulan ini???

Antara amalan yg digalakkan adalh:-

1. Memperbanyakkan puasa sunat
2. Bertaubat dan beristighfar

Malam Nisfu Sya’ban- 15hb

Hidupkan malamnya dengan

-membaca Yaasin 3 kali dan berdoa supaya
  • Panjang umur serta dapat beribadat
  • Murah rezeki
  • Tetapkan iman
-ibadat-ibadat lain.

Amalan yang disebutkan ini mempunyai perselisihan ulamak dalam mengamalkannya, terpulang kepada kita namun tidak boleh diiktiqadkan (diniatkan) bahawa malam ini sahaja tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya baca tiga kali.

-Digalakkan berpuasa kecuali hari Syak iaitu pada 30hb. Sya’ban.

Sabda Nabi Muhammad SAW maksudnya:

Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. SEMBAHYANG yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan”. (HR Bukhari)

Anda mungkin berminat untuk mendengar...

Loading...