Thursday, April 7, 2011

Kisah seorang Soleh tidak mahu Berkahwin tiba-tiba minta dikahwinkan


Ada seorang soleh yang kuat beribadah, hingga tidak memikirkan soal kahwin, namun setiap tawaran selalu ditolak. Begitulah seterusnya.

Pada suatu hari ia bangun dari tidur dan berkata:"Kahwinkan aku,kahwinkan aku!". Ia pun dikahwinkan.

Setelah dikahwinkan itu, orang ramai pun bertanya: "Mengapa anda minta dikahwinkan, padahal dulunya anda selalu menolak bila diminta untuk berkahwin?

Dia menjawab: "Semoga saya mendapatkan anak, lalu meninggal dunia semasa kecil, dengan demikian dia akan menjadi pemanduku diakhirat kelak."
sumber:google
Kemudian ia menceritakan mimpinya yang menyeramkan: "Saya telah bermimpi, seolah-olah dunia telah kiamat dan saya telah berdiri bersama-sama orang ramai di padang Mahsyar dengan perasaan yang sangat haus hingga mematahkan batang leherku.

Tiba-tiba saya melihat budak-budak yang membawa gelas perak dan tertutup dengan sapu tangan dari cahaya. Budak-budak itu masuk disela-sela orang ramai untuk memberikan minuman satu persatu,

maka saya pun menghulurkan tangan kepada budak itu dan berkata: "Bagilah aku air juga kerana aku sangat haus". 

Tiba-tiba budak itu melihat kepadaku dan berkata: "Anda tidak mempunyai anak di antara kami, dan kami hanya memberi minuman kepada ibu bapa kami".

Budak-budak itu ditanya: "Siapakah gerangan kamu itu?"

Mereka menjawab: " Kami adalah anak-anak kepada kaum Muslimin yang meninggal semasa kecil".

Demikianlah seorang Soleh menceritakan mimpinya yang berkenaan dengan hari kiamat yang mengerikan itu.

Sumber: Abu Ghaib.1993. Perkahwinan yang Suci: Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment