Wednesday, June 23, 2010

kenapakah kta perlu bertaqwa...?

Taqwa merupakan mekanisme dalaman yang menggerakkan seseorang untuk melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Boleh dikatakan taqwa merupakan intipati pengajaran Islam, kerana semua tuntutan dan arahan dalam Islam adalah untuk melahirkan sifat taqwa.Bukan sahaja dakwah yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w bahkan semua Rasul Allah mengajak dan memperjuangkan matlamat yang sama iaitu untuk melahirkan sifat taqwa di dalam jiwa para penganutnya ke arah merealisasikan sifat tersebut dalam semua aktiviti hidup manusia. Sebagai bukti dibawakan contoh ajaran Nabi Nuh ‘Alaihis-Salam.Nabi Nuh menyeru kaumnya supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah tetapi kaumnya mendustakan semuanya.

Di dalam al-Quran menyuruh kita berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan serta beriman kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan sebenar-benar iman, perlulah setiap individu dan anggota masyarakat Islam mempunyai sifat taqwa, tanpa taqwa segala-galanya tidak akan tercapai, kerana taqwa mempunyai peranannya yang tertentu yang boleh mencorakkan manusia ke arah tersebut. Fungsi taqwa ialah:
1. Kayu pengukur.
2. Memelihara dan mengawal diri daripada musuh.
3. Mendapat kelepasan dan rezeki daripada Allah.
4. Memperbaiki amalan dan mendapat keampunan Allah.
5. Mendapat rahmat dan cahaya daripada Allah.
6. Menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta terlepas daripada azab neraka.

Sebenarnya banyak lagi fungsi dan faedah taqwa dalam membentuk peribadi manusia ke arah menjadikannya muslim contoh kepada alam ini dalam semua bidang dan sektor hidup manusia sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika hidupnya.

Sifat-sifat orang yang muttaqin atau orang yang bertaqwa kepada Allah banyak disebut di dalam al-Qur’an al-Karim antaranya ialah:
1. Berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan Hadith.
2. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.
3. Membina rumahtangga bahagia
4. Menentukan kegiatan hidup dan ibadah kepada Allah
5. Umat termulia dan menjadi contoh
6. Melaksanakan undang-undang Islam

Itulah Sifat-sifat orang yang bertakwa kepada Allah. Mereka adalah pejuang-pejuang Islam yang rela berkorban dan sanggup menjualkan apa yang ada pada mereka samada diri,jiwa, harta benda, masa atau sebagainya semuanya untuk Allah. Bagi mereka segala-galnya adalah hak Allah yang telah diberikan sekejap kepada mereka untuk mereka tadbir, selia dan mengurus sesuai dengan hidup mereka selaras dengan kehendak Allah sebagaiman yang dijelaskan oleh al-Qur’an,yang akan di ambil semula oleh Allah sebaik sahaja tiba masanya.

No comments:

Post a Comment